12 December 2008

Rumusan mesyuarat dan lawatan penanda aras-Kuala Terengganu


Tn.Syed Roshidon(kanan) dan En.Zulhanan


salam buat semua pembaca..Pada 25-27 November 2008,telah diadakan mesyuarat dan lawatan penanda aras Ke kuala Terengganu. Diantara rumusan yang telah dibuat oleh Pegawai Khas Akademik( Prasekolah) Tn.Syed Roshidon adalah seperti berikut:


Setiap kelas Prasekolah mesti mempunyai 12 buah fail. 8 buah fail wajib.
Fail-fail tersebut adalah seperti berikut:
  • Rekod peribadi murid ( 25 buah fail)
  • Fail kelas ( masukkan borang permohonan pelajar)
  • Senarai Semak
  • Rekod Anekdot
  • Rekod berterusan
  • Jawatankuasa pemilihan pelajar( untuk memasuki Prasekolah)
  • Mesyuarat Kurikulum(sekurang-kurangnya 4 kali )
  • Stok Bahan Basah
  • Stok Bahan Kering
  • Stok Inventori
  • Kewangan Perkapita
Pesanan buat guru-guru Prasekolah & PPM adalah:
  • Guru berhak dicerap oleh pentadbir.
  • Sekiranya ketiadaan guru Prasekolah,guru tahap satu perlu menggantikan guru Prasekolah tersebut.( sekiranya tiada guru tahap satu,pentadbir boleh meminta guru ganti dari Pejabat Pelajaran Daerah [PPD] )
  • 7.30 pagi, guru dan PPM perlu menyambut ketibaan murid.
  • Pengajaran dan pembelajaran didalam Bahasa Inggeris perlu diajar sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
  • Pendidikan Islam juga perlu dilengkapkan selama 2jam seminggu.
  • Pusat aktiviti perlu berfungsi sebagai pusat pembelajaran.
  • Guru perlu berada didalam kelas Prasekolah dari 7.30-11.30pagi,dan tidak dibenarkan berada ditempat lain dalam waktu tersebut.
  • PPM perlu menyediakan jadual/menu bertepatan dengan menu yang dimasak pada hari tersebut.( ini bagi menangani kes-kes keracunan makanan-senang dirujuk apa yang dimasak oleh PPM pada hari tersebut)
  • Menu perlu dirasa oleh pihak pentadbir terlebih dahulu.
  • Pinggan & cawan yang telah pecah perlu dihapus kira.
  • PPM perlu berada bersama guru bermula pada pukul 9.00pagi.
  • Masalah guru Prasekolah adalah tidak menggunakan semua bahan yang diajar didalam kursus.
  • Sasaran Kerja Tahunan(SKT) ,perlu menekankan tentang prasekolah,tidak boleh melebihkan kerja luar.
  • T-Shirt,perlulah tidak membebankan ibubapa.
Semoga kita akan mendapat manfaat dari apa yang telah diperkatakan.Majulah Prasekolah untuk kecemerlangan generasi akan datang!wassalam

No comments: