28 January 2009

Taklimat Kurikulum Guru Prasekolah/PPM 2009

Esok akan diadakan taklimat Kurikulum Guru Prasekolah /PPM 2009 seperti maklumat berikut:
  1. Tarikh : 29 Januari 2009
  2. Masa : 2.30-5.00 petang
  3. Tempat: Dewan Al-Biruni PPD PERAK TENGAH
Kehadiran adalah wajib.

(sumber: Pegawai khas Akademik Prasekolah)

25 January 2009

Kerjasama dan semangat juang....




Walaupun sesi persekolahan baru sahaja bermula hampir sebulan,akan tetapi kerjasama dan semangat juang murid-murid prasekolah SKSG telah dapat dilihat dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan.Mereka bertungkus lumus membantu kawan-kawan dalam mengukir kejayaan buat kumpulan mereka.Semangat juang mereka juga amat tinggi untuk memenangi pertandingan...Disinilah terbinanya kemahiran komunikasi atau interpersonal dikalangan murid-murid.Kemahiran sosial ini amat penting dalam proses pembelajaran mereka.Ini adalah kerana dalam proses mendapatkan maklumat,mereka perlu berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.Sebagai guru perlu bijak mengatur perancangan atau aktiviti kumpulan yang tidak hanya berfokuskan kepada akademik semata-mata,akan tetapi juga menitik beratkan kemahiran-kemahiran yang lain yang boleh meningkatkan kebolehan murid.Jadilah guru yang kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu.

21 January 2009

PEMERIKSAAN KESIHATAN2009..







Pagi tadi telah diadakan pemeriksaan kesihatan untuk kanak-kanak prasekolah oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (cawangan Kampung Gajah). Murid-murid ini telah diberi penerangan ringkas mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri.Selepas itu murid-murid diperiksa untuk memastikan tahap kesihatan mereka.Mereka kemudian diberi minum ubat cacing dan vitamin C. Murid-murid kelihatan teruja untuk meminum ubat cacing tersebut.Menurut pegawai tersebut, kebanyakan murid mengalami kekurangan berat badan.Mereka juga telah dibekalkan dengan vitamin.Semoga pemantauan ini akan berterusan demi menjaga kesihatan kanak-kanak. Terima kasih kepada pegawai yang bertugas!

07 January 2009

SELAMAT DATANG ......


Selamat datang diucapkan kepada guru baru bagi kelas Prasekolah Cemerlang iaitu Pn.Zahidah bt.Mohd Nordin.Beliau telah melapor diri ke Sekolah Kebangsaan Sungai Galah pada 2 Januari 2009.Berpengalaman luas setelah mengajar selama 14 tahun di 5 buah sekolah.Sekolah yang terakhir beliau berkhidmat ialah S.K. Ngah Ibrahim, Jalan Matang, Matang ,Perak Darul Ridzuan.Dilahirkan pada 20 Mac 1967.Pelbagai kerenah murid-murid telah ditempuhi sepanjang penglibatan beliau dalam bidang pendidikan ini. Semoga akan berkhidmat disekolah ini dengan lebih cemerlang,khususnya di Prasekolah.InsyaAllah.

02 January 2009

Sesi pendaftaran & Mesyuarat Permuafakatan Ibubapa kali pertama Prasekolah 2009






Pendaftaran prasekolah telah dimulakan seawal 8.00pagi .Ramai Ibu bapa yang telah hadir bagi mendaftarkan anak mereka didua buah kelas Prasekolah iaitu PraGemilang dan juga Pracemerlang.Selesai pendaftaran,Ibubapa menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan.Sejurus itu mesyuarat permuafakatan ibubapa dimulakan dengan ucapan pengerusi.Kemudian perlantikan AJK dimulakan.Keputusan sebulat suara mahukan AJK lama dikekalkan dan hanya 2 penambahan AJK dilakukan. Banyak yang telah dibincangkan dan akan diberitahu dalam posting seterusnya.Tahniah kepada ibubapa yang telah menghadirkan diri bagi sesi pendaftaran dan juga mesyuarat permuafakatan ibubapa 2009.Ini menunjukkan semangat dan dorongan bagi memastikan anak-anakdiprasekolah SKSG akan mendapat pendidikan yang sewajarnya.Tahniah sekali lagi!

01 January 2009

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2009..

Salam kepada semua Ibu Bapa / penjaga,diingatkan sekali lagi pendaftaran dan mesyuarat permuafakatan Ibu Bapa akan diadakan seperti berikut:

Hari : Jumaat
Tarikh : 2 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SKSG.

Diharapkan agar semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri. Kerjasama ini adalah penting demi kejayaan anak-anak Prasekolah SK.Sungai Galah.