22 December 2008

PENDEKATAN PELBAGAI..

Dalam pendidikan prasekolah guru hendaklah menggunakan pelbagai pendekatan,kaedah dan teknik agar pembelajaran mampu mengembangkan diri,keupayaan,bakat dan minat kanak-kanak.Aktiviti yang dirancang mestimelibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka.
Antara pendekatan yang disyorkan adalah pendekatan bersepadu,pendekatan belajar melalui bermain dan pendekatan bertema.Kanak-kanak mempunyai naluri semulajadi suka bermain,jadi dengan itu minat bermain itu perlu disalurkan dalam bentuk yang positif.Kaedah bermain penting kerana ia boleh mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi kognitif afektif,psikomotor,emosi,kreativiti dan rohani.
Menurut Rubin,Fein dan Vandenberg ( 1983) "Play has been defined in variety of ways such as relaxation,surplus energy, practice and wish fulfillment"

Manakala Levy(1978) pula menyatakan enam perkara berlaku apabila kanak-kanak bermain:
  1. Menggerakkan motivasi intrinsik kanak-kanak
  2. Memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas
  3. Mendedahkan aktiviti yang sebenar kepada kanak-kanak
  4. Melatih kanak-kanak memberi fokus atau tumpuan dalam pembelajaran
  5. Memberi peluang kanak-kanak menguasai permainan
  6. Penglibatan kanak-kanak secara maksima.
(Rujukan: Perkembangan pendidikan prasekolah,kumpulan Budiman Sdn.Bhd,2006)

No comments: