30 April 2009

Lawatan sambil belajar ke Taiping.


Semua peserta rombongan bergambar kenangan di Kilang Air Mineral 'Spritzer'

Penerangan telah diberikan oleh Pengawai bertugas.

Sesi promosi...

Warga SKSG yang mengikuti lawatan sambil belajar..

Cenderahati dari kami pihak Prasekolah SKSG..

Murid-murid amat gembira berada di Perpustakaan Awam Taiping

Semua Murid Prasekolah yang mengikuti lawatan..

Hadiah disediakan oleh pihak Perpustakaan.

Aktiviti yang dijalankan oleh Pihak Perpustakaan ..

Cenderahati dari Prasekolah SKSG buat warga Perpustakaan Awam Taiping.


Semalam, 30 April 2009, Prasekolah SKSG telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping.Tempat-tempat yg telah dilawati adalah Kilang Mineral water,Perpustakaan Awam Taiping dan Zoo Taiping.Semoga aktiviti seperti ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka disamping mengeratkan lagi perhubungan sesama murid,ibubapa dan guru.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan pada kali ini.

22 April 2009

BELASUNGKAWA...


Adik Mohd Azim

Petang tadi Prasekolah SKSG telah dikejutkan dengan berita kehilangan Pengerusi Permuafakatan Prasekolah, En Ahmad Rahim bin Mat Said yang telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Arwah merupakan bapa kepada Mohd Azim ( Prasekolah Cemerlang) & Putri Nathirah ( Tahun 2 G).... Al Fatihah untuk Allahyarham....semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman...

Takziah....


PN.MARZIAH GHAZALI

Takziah buat Pn.Marziah Ghazali, Guru Prasekolah Seri Changkat kerana telah kehilangan Ibu tercinta semalam ( 21 April 2009). Kami warga Prasekolah Sungai Galah mengharapkan agar beliau tabah menghadapinya.InsyaAllah..semoga arwah ibunya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah buat arwah ibu beliau...

17 April 2009

Semoga tabah menghadapinya..



Pada hari Khamis lepas, kami telah melawat cikgu jamilahtun yang telah dimasukkan ke wad ,hospital Manjung.Beliau merupakan bekas guru Prasekolah Cemerlang SKSG yang telah berpindah ke S.K Seri Iskandar.Semoga beliau tabah menghadapi cabaran ini.Kami di sini sentiasa mendoakan agar Pn.Nor jamilahtun akan segera sembuh dan ceria seperti selalu.Amin.