24 September 2010

LAPORAN PERSIDANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010


LAPORAN PERSIDANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

29 JUN-2 JULAI 2010 [PEARL INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR ]

“Meneroka amalan terbaik dalam perlaksanaan kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan”

RESOLUSI CONFERENCE

1. Latihan berterusan – pendedahan kepada guru Prasekolah/latihan guru

2. Menambah bilangan guru – 2 guru : 25 murid

3. Penambahan Pembantu Guru

4. Penglibatan Ibu/Bapa-menggalakkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti Prasekolah

5. Kualiti guru – pemilihan bakal guru perlu lebih teliti

6. Pemeriksaan kesihatan - dapat dilakukan secara menyeluruh

7. Pembayaran untuk pembukaan Tadika

8. Etika berpakaian – perlu lebih meyakinkan dan sesuai

9. Jawatankuasa permuafakatan Prasekolah –untuk wujudkan suasana semulajadi dan mesra

10. Pentaksiran – perlu disediakan untuk perkembangan murid dan seliaan

11. Jaringan( networking) – mewujudkan persatuan/pusat sukan dan sebagainya

12. Persekitaran – perlu lebih kondusif,ceria, selesa dan selamat

13. Pemantauan – Pihak pentadbir perlu lebih mengambil berat mengenai Prasekolah

14. Tambahkan aktiviti dalam kurikulum – Memastikan kesinambungan kurikulum antara pra dan sekolah

15. Kajian dan pembentangan kajian – perlu banyak menjalankan kajian.

16. Pendaftaran . Di sediakan oleh :JUZAIDAH ZAINAL ABIDIN


d

02 September 2010

Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan..




Sepanjang bulan kemerdekaan ini pelbagai acara telah dijalankan di Prasekolah SKSG. Diantaranya ialah menggantung jalur gemilang disekitar kawasan sekitar dan didalam Prasekolah,pertandingan mewarna jalur gemilang,pertandingan membaca sajak/cerita pendek,menyusun puzzle dan mengeja perkataan berkaitan Kemerdekaan.Murid diperkenalkan dengan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia.Sejarah juga di perkenalkan kepada murid-murid.Mereka juga didedahkan dengan bendera Jalur Gemilang,bendera Negeri Perak dan Bunga Kebangsaan Malaysia,Bunga Raya.Semoga dengan usaha pihak sekolah akan dapat menanamkan semangat kebangsaan didalam diri anak-anak prasekolah SKSG.InsyaAllah.....