salam buat semua pembaca..Pada 25-27 November 2008,telah diadakan mesyuarat dan lawatan penanda aras Ke kuala Terengganu. Diantara rumusan yang telah dibuat oleh Pegawai Khas Akademik( Prasekolah) Tn.Syed Roshidon adalah seperti berikut:
Setiap kelas Prasekolah mesti mempunyai 12 buah fail. 8 buah fail wajib.
Fail-fail tersebut adalah seperti berikut:
- Rekod peribadi murid ( 25 buah fail)
- Fail kelas ( masukkan borang permohonan pelajar)
- Senarai Semak
- Rekod Anekdot
- Rekod berterusan
- Jawatankuasa pemilihan pelajar( untuk memasuki Prasekolah)
- Mesyuarat Kurikulum(sekurang-kurangnya 4 kali )
- Stok Bahan Basah
- Stok Bahan Kering
- Stok Inventori
- Kewangan Perkapita
- Guru berhak dicerap oleh pentadbir.
- Sekiranya ketiadaan guru Prasekolah,guru tahap satu perlu menggantikan guru Prasekolah tersebut.( sekiranya tiada guru tahap satu,pentadbir boleh meminta guru ganti dari Pejabat Pelajaran Daerah [PPD] )
- 7.30 pagi, guru dan PPM perlu menyambut ketibaan murid.
- Pengajaran dan pembelajaran didalam Bahasa Inggeris perlu diajar sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
- Pendidikan Islam juga perlu dilengkapkan selama 2jam seminggu.
- Pusat aktiviti perlu berfungsi sebagai pusat pembelajaran.
- Guru perlu berada didalam kelas Prasekolah dari 7.30-11.30pagi,dan tidak dibenarkan berada ditempat lain dalam waktu tersebut.
- PPM perlu menyediakan jadual/menu bertepatan dengan menu yang dimasak pada hari tersebut.( ini bagi menangani kes-kes keracunan makanan-senang dirujuk apa yang dimasak oleh PPM pada hari tersebut)
- Menu perlu dirasa oleh pihak pentadbir terlebih dahulu.
- Pinggan & cawan yang telah pecah perlu dihapus kira.
- PPM perlu berada bersama guru bermula pada pukul 9.00pagi.
- Masalah guru Prasekolah adalah tidak menggunakan semua bahan yang diajar didalam kursus.
- Sasaran Kerja Tahunan(SKT) ,perlu menekankan tentang prasekolah,tidak boleh melebihkan kerja luar.
- T-Shirt,perlulah tidak membebankan ibubapa.
No comments:
Post a Comment