03 March 2009

Mesyuarat Permuafakatan Ibubapa kali ke -2

Hari ini( 3/3/2009), pada pukul 11.30 pagi telah diadakan satu mesyuarat Permuafakatan Ibubapa kali ke-2 bertempat di Kelas Prasekolah Cemerlang.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Juzaidah, guru kelas pra Gemilang kerana Pengerusi bagi majlis Permuafakatan,En.Ahmad Rahim tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan. Kedatangan adalah seramai 6 orang.Mereka ialah En.Samsuddin,Pn.Jalina, Pn.Sarina, Pn.Mawar rozi, Pn.Aisyah dan Puan Zubaidah.Diantara agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
  1. Ucapan pengerusi
  2. Ucapan penasihat
  3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
  4. Perkara-perkara berbangkit
  5. Pembentangan penyata aliran wang permuafakatan
  6. Pembentangan kemajuan murid
  7. Sukan-Hadiah, Baju
  8. Lawatan
  9. Hal-hal lain
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.15 tengahari.

13 February 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR..



Untuk sambutan hari lahir ini, seramai 7 orang murid diraikan dalam satu majlis sambutan yang sederhana.Mereka ialah adik Afiq, Damia,Siti,Hanna,Balqis,Lynn & Liyana. Kesemua merupakan anak kelahiran bulan Januari dan juga Februari.Sambutan ini menggabungkan kedua-dua kelas Prasekolah.Majlis dimulakan dengan sesi bacaan doa,bergambar,penyampaian hadiah dan makan-makan.Sambutan seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama murid dan juga meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak.

Latihan sukan ...



Latihan sukan sudah dimulakan pada minggu ini.Memandangkan sukan akan diadakan pada awal bulan Mac,maka kami warga Prasekolah mengambil inisiatif untuk melatih murid-murid sebagai persediaan awal untuk sukan sekolah nanti.Setiap pagi semua murid-murid akan berada dipadang sekolah untuk sesi latihan.Latihan diadakan selama 45 minit bermula pada pukul 8.00pagi-8.45pagi.Harap maklum.

28 January 2009

Taklimat Kurikulum Guru Prasekolah/PPM 2009

Esok akan diadakan taklimat Kurikulum Guru Prasekolah /PPM 2009 seperti maklumat berikut:
  1. Tarikh : 29 Januari 2009
  2. Masa : 2.30-5.00 petang
  3. Tempat: Dewan Al-Biruni PPD PERAK TENGAH
Kehadiran adalah wajib.

(sumber: Pegawai khas Akademik Prasekolah)

25 January 2009

Kerjasama dan semangat juang....




Walaupun sesi persekolahan baru sahaja bermula hampir sebulan,akan tetapi kerjasama dan semangat juang murid-murid prasekolah SKSG telah dapat dilihat dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan.Mereka bertungkus lumus membantu kawan-kawan dalam mengukir kejayaan buat kumpulan mereka.Semangat juang mereka juga amat tinggi untuk memenangi pertandingan...Disinilah terbinanya kemahiran komunikasi atau interpersonal dikalangan murid-murid.Kemahiran sosial ini amat penting dalam proses pembelajaran mereka.Ini adalah kerana dalam proses mendapatkan maklumat,mereka perlu berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.Sebagai guru perlu bijak mengatur perancangan atau aktiviti kumpulan yang tidak hanya berfokuskan kepada akademik semata-mata,akan tetapi juga menitik beratkan kemahiran-kemahiran yang lain yang boleh meningkatkan kebolehan murid.Jadilah guru yang kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu.

21 January 2009

PEMERIKSAAN KESIHATAN2009..







Pagi tadi telah diadakan pemeriksaan kesihatan untuk kanak-kanak prasekolah oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (cawangan Kampung Gajah). Murid-murid ini telah diberi penerangan ringkas mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri.Selepas itu murid-murid diperiksa untuk memastikan tahap kesihatan mereka.Mereka kemudian diberi minum ubat cacing dan vitamin C. Murid-murid kelihatan teruja untuk meminum ubat cacing tersebut.Menurut pegawai tersebut, kebanyakan murid mengalami kekurangan berat badan.Mereka juga telah dibekalkan dengan vitamin.Semoga pemantauan ini akan berterusan demi menjaga kesihatan kanak-kanak. Terima kasih kepada pegawai yang bertugas!

07 January 2009

SELAMAT DATANG ......


Selamat datang diucapkan kepada guru baru bagi kelas Prasekolah Cemerlang iaitu Pn.Zahidah bt.Mohd Nordin.Beliau telah melapor diri ke Sekolah Kebangsaan Sungai Galah pada 2 Januari 2009.Berpengalaman luas setelah mengajar selama 14 tahun di 5 buah sekolah.Sekolah yang terakhir beliau berkhidmat ialah S.K. Ngah Ibrahim, Jalan Matang, Matang ,Perak Darul Ridzuan.Dilahirkan pada 20 Mac 1967.Pelbagai kerenah murid-murid telah ditempuhi sepanjang penglibatan beliau dalam bidang pendidikan ini. Semoga akan berkhidmat disekolah ini dengan lebih cemerlang,khususnya di Prasekolah.InsyaAllah.