02 September 2010

Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan..




Sepanjang bulan kemerdekaan ini pelbagai acara telah dijalankan di Prasekolah SKSG. Diantaranya ialah menggantung jalur gemilang disekitar kawasan sekitar dan didalam Prasekolah,pertandingan mewarna jalur gemilang,pertandingan membaca sajak/cerita pendek,menyusun puzzle dan mengeja perkataan berkaitan Kemerdekaan.Murid diperkenalkan dengan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia.Sejarah juga di perkenalkan kepada murid-murid.Mereka juga didedahkan dengan bendera Jalur Gemilang,bendera Negeri Perak dan Bunga Kebangsaan Malaysia,Bunga Raya.Semoga dengan usaha pihak sekolah akan dapat menanamkan semangat kebangsaan didalam diri anak-anak prasekolah SKSG.InsyaAllah.....

09 August 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-53..






Pagi tadi 9 Ogos 2010 telah diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 53 di Peringkat Sekolah di SK Sungai Galah.Semua murid-murid Prasekolah turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut.Acara dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu-lagu Patriotik dan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Sungai Galah,En.Abdul Razak bin Hj.Adam.Semoga anak-anak Prasekolah akan mula memahami erti sebuah kemerdekaan.

27 July 2010

PERKHEMAHAN MINI 2010




SESI PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2011

Salam kepada semua Ibu bapa/Penjaga, dimaklumkan permohonan kemasukan ke Prasekolah SK Sungai Galah 2011 dibuka sekarang sehingga 30 Oktober 2010.Tuan puan boleh mengambil borang kemasukan ke Prasekolah ini pada waktu pejabat diPrasekolah SK Sungai Galah.Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Zahidah ditalian 012-5789143....

16 December 2009

PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2010..

PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA IBU/BAPA/ PENJAGA:

PENDAFTARAN BAGI PELAJAR BARU & LAMA BAGI SESI 2010 AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

HARI : SABTU
TARIKH :2 JANUARI 2010
MASA :8.30PAGI
TEMPAT :DEWAN SKSG

SELEPAS SAHAJA TAMAT PROSES PENDAFTARAN,AKAN DIADAKAN PULA MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU/BAPA/PENJAGA YANG PERTAMA BAGI TAHUN 2010.HARAP MAKLUM.SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA HUBUNGI CIK JUZAIDAH DITALIAN 019-3935144.

13 October 2009

Meraikan kejayaan di Marrybrown....






Bagi menghargai dan meraikan kejayaan murid-murid Prasekolah yang telah terlibat didalam Karnival peringkat Zon dan Daerah yang telah berlangsung,kami guru-guru telah meraikan mereka di Restoran makanan segera Marrybrown Batu Gajah.Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menceriakan mereka yang telah disediakan oleh pihak Marrybrown.Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang telah menunjukkan potensi dan bakat terpendam ...semoga kejayaan sentiasa berpihak kepada Prasekolah SKSG..

KEMERIAHAN SAMBUTAN MERDEKA.....