27 July 2010

PERKHEMAHAN MINI 2010




SESI PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2011

Salam kepada semua Ibu bapa/Penjaga, dimaklumkan permohonan kemasukan ke Prasekolah SK Sungai Galah 2011 dibuka sekarang sehingga 30 Oktober 2010.Tuan puan boleh mengambil borang kemasukan ke Prasekolah ini pada waktu pejabat diPrasekolah SK Sungai Galah.Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Zahidah ditalian 012-5789143....

16 December 2009

PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2010..

PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA IBU/BAPA/ PENJAGA:

PENDAFTARAN BAGI PELAJAR BARU & LAMA BAGI SESI 2010 AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

HARI : SABTU
TARIKH :2 JANUARI 2010
MASA :8.30PAGI
TEMPAT :DEWAN SKSG

SELEPAS SAHAJA TAMAT PROSES PENDAFTARAN,AKAN DIADAKAN PULA MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU/BAPA/PENJAGA YANG PERTAMA BAGI TAHUN 2010.HARAP MAKLUM.SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA HUBUNGI CIK JUZAIDAH DITALIAN 019-3935144.

13 October 2009

Meraikan kejayaan di Marrybrown....






Bagi menghargai dan meraikan kejayaan murid-murid Prasekolah yang telah terlibat didalam Karnival peringkat Zon dan Daerah yang telah berlangsung,kami guru-guru telah meraikan mereka di Restoran makanan segera Marrybrown Batu Gajah.Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menceriakan mereka yang telah disediakan oleh pihak Marrybrown.Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang telah menunjukkan potensi dan bakat terpendam ...semoga kejayaan sentiasa berpihak kepada Prasekolah SKSG..

KEMERIAHAN SAMBUTAN MERDEKA.....





02 August 2009

KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT ZON 1 2009.



Sabtu,1 Ogos telah berlangsungnya Karnival Prasekolah 2009 Peringkat Zon 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Galah. 11 buah sekolah telah menghantar wakil dalam pelbagai acara.Masing-masing telah menunjukkan bakat mereka.Kalah menang adat pertandingan...
Keputusan penuh pertandingan:

1. Nyanyian & Gerakan-
Pertama - S.K Dato' Sagor
Kedua - S.K Sungai Galah
Ketiga - S.K Kota Setia

2. Tarian:
Pertama - S.K Selat Pulau
Kedua - S.K Pulau Juar
Ketiga - S.K Seberang Perak

3. Bercerita Bahasa Melayu:
Pertama - S.K Selat Pulau
Kedua - S.K Sungai Galah
Ketiga - S.K Kota Setia

4. Bercerita Bahasa Inggeris:
Pertama - S.K Kota Setia
Kedua - S.K Pulau Tiga Kiri
Ketiga - S.K Seberang Perak

5. Sajak:
Pertama - S.K Kota Setia
Kedua - S.K Selat Pulau
Ketiga - S.K Dato' Sagor

6. Hafazan:
Pertama - S.K Pulau Juar
Kedua - S.K Seberang Perak
Ketiga - S.K Dato' Sagor

7. Mengeja Perkataan:
Pertama - S.K Sungai Besar
Kedua - S.K Dato' Sagor
Ketiga - S.K Kota Setia

8. Menyusun Perkataan:
Pertama - S.K Pulau Tiga Kiri
Kedua - S.K Dato' Sagor
Ketiga - S.K Sungai Besar.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...SELAMAT BERTANDING DI PERINGKAT DAERAH!!

30 June 2009

SKSG Tuan Rumah Karnival Prasekolah 2009 Kelompok 1( PKG Kg.Gajah)

Petang tadi telah diadakan satu Mesyuarat Karnival Prasekolah 2009 Di PPD Perak Tengah.Mesyuarat telah dihadiri oleh Cik Juzaidah ( Wakil Guru Besar) dan Pn Zahidah sebagai wakil guru.Karnival Prasekolah peringkat Zon akan diadakan pada 1 Ogos 2009 dan peringkat Daerah pada 15 Ogos 2009. SK Sg.Galah telah dipilih sebagai Pengerusi peringkat Kelompok 1,sekaligus menjadi tuan rumah bagi Karnival kali ini.

Dua acara telah ditambah bagi memberi ruang dan peluang kepada murid Prasekolah menonjolkan bakat dan menambahkan lagi ilmu mereka.Acara yang dimaksudkan adalah pertandingan Mengeja perkataan dan Pertandingan Menyusun Huruf membentuk perkataan.