30 June 2009

SKSG Tuan Rumah Karnival Prasekolah 2009 Kelompok 1( PKG Kg.Gajah)

Petang tadi telah diadakan satu Mesyuarat Karnival Prasekolah 2009 Di PPD Perak Tengah.Mesyuarat telah dihadiri oleh Cik Juzaidah ( Wakil Guru Besar) dan Pn Zahidah sebagai wakil guru.Karnival Prasekolah peringkat Zon akan diadakan pada 1 Ogos 2009 dan peringkat Daerah pada 15 Ogos 2009. SK Sg.Galah telah dipilih sebagai Pengerusi peringkat Kelompok 1,sekaligus menjadi tuan rumah bagi Karnival kali ini.

Dua acara telah ditambah bagi memberi ruang dan peluang kepada murid Prasekolah menonjolkan bakat dan menambahkan lagi ilmu mereka.Acara yang dimaksudkan adalah pertandingan Mengeja perkataan dan Pertandingan Menyusun Huruf membentuk perkataan.