05 March 2009

SUKANEKA 2009.


Bawa aiskrim gergasi.

KAK EIDA..

KAK FARRA..

CIKGU ZAHIDAH & CIKGU JUZAIDAH..

DIANTARA IBUBAPA YANG HADIR MEMBERI SOKONGAN.

ACARA BAWA BOLA PINGPONG DALAM SUDU

ISI AIR DALAM BOTOL



TARIK BOLA GUNA GELUNG ROTAN.

Pada pukul 8.00 pagi tadi telah diadakan sukaneka untuk mengumpul mata bagi rumah-rumah sukan sempena sukan tahunan yang akan diadakan pada 26 Mac ini.Kesemua acara bagi prasekolah diungguli oleh pasukan dari rumah Kuning. Semangat berpasukan& kerjasama telah dapat dipupuk sepanjang berlangsungnya acara ini.Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.Tidak dilupakan sokongan yang diberikan oleh ibubapa murid-murid pra yang sudi meluangkan masa demi kejayaan anak-anak mereka.Terima kasih.



03 March 2009

Mesyuarat Permuafakatan Ibubapa kali ke -2

Hari ini( 3/3/2009), pada pukul 11.30 pagi telah diadakan satu mesyuarat Permuafakatan Ibubapa kali ke-2 bertempat di Kelas Prasekolah Cemerlang.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Juzaidah, guru kelas pra Gemilang kerana Pengerusi bagi majlis Permuafakatan,En.Ahmad Rahim tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan. Kedatangan adalah seramai 6 orang.Mereka ialah En.Samsuddin,Pn.Jalina, Pn.Sarina, Pn.Mawar rozi, Pn.Aisyah dan Puan Zubaidah.Diantara agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
  1. Ucapan pengerusi
  2. Ucapan penasihat
  3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
  4. Perkara-perkara berbangkit
  5. Pembentangan penyata aliran wang permuafakatan
  6. Pembentangan kemajuan murid
  7. Sukan-Hadiah, Baju
  8. Lawatan
  9. Hal-hal lain
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.15 tengahari.