30 December 2008

Jasamu dikenang, Cikgu Nor jamilahtun...

26 haribulan Disember 2008, rasmilah sudah pertukaran Cikgu Jamilahtun ke S.K.Seri Iskandar setelah beliau melapor diri pada tarikh tersebut.Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu Jamilahtun atas jasa dan juga sumbangan beliau di Prasekolah SKSG..Jasamu dikenang...Semoga terus dapat menabur bakti disekolah baru,dan tidak melupakan kami di sini. Tahniah dari kami,warga Prasekolah SKSG.Semoga akan terus cemerlang didalam apa jua yang akan ditempuhi.Amin.

22 December 2008

PENDEKATAN PELBAGAI..

Dalam pendidikan prasekolah guru hendaklah menggunakan pelbagai pendekatan,kaedah dan teknik agar pembelajaran mampu mengembangkan diri,keupayaan,bakat dan minat kanak-kanak.Aktiviti yang dirancang mestimelibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka.
Antara pendekatan yang disyorkan adalah pendekatan bersepadu,pendekatan belajar melalui bermain dan pendekatan bertema.Kanak-kanak mempunyai naluri semulajadi suka bermain,jadi dengan itu minat bermain itu perlu disalurkan dalam bentuk yang positif.Kaedah bermain penting kerana ia boleh mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi kognitif afektif,psikomotor,emosi,kreativiti dan rohani.
Menurut Rubin,Fein dan Vandenberg ( 1983) "Play has been defined in variety of ways such as relaxation,surplus energy, practice and wish fulfillment"

Manakala Levy(1978) pula menyatakan enam perkara berlaku apabila kanak-kanak bermain:
  1. Menggerakkan motivasi intrinsik kanak-kanak
  2. Memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas
  3. Mendedahkan aktiviti yang sebenar kepada kanak-kanak
  4. Melatih kanak-kanak memberi fokus atau tumpuan dalam pembelajaran
  5. Memberi peluang kanak-kanak menguasai permainan
  6. Penglibatan kanak-kanak secara maksima.
(Rujukan: Perkembangan pendidikan prasekolah,kumpulan Budiman Sdn.Bhd,2006)

12 December 2008

Rumusan mesyuarat dan lawatan penanda aras-Kuala Terengganu


Tn.Syed Roshidon(kanan) dan En.Zulhanan


salam buat semua pembaca..Pada 25-27 November 2008,telah diadakan mesyuarat dan lawatan penanda aras Ke kuala Terengganu. Diantara rumusan yang telah dibuat oleh Pegawai Khas Akademik( Prasekolah) Tn.Syed Roshidon adalah seperti berikut:


Setiap kelas Prasekolah mesti mempunyai 12 buah fail. 8 buah fail wajib.
Fail-fail tersebut adalah seperti berikut:
  • Rekod peribadi murid ( 25 buah fail)
  • Fail kelas ( masukkan borang permohonan pelajar)
  • Senarai Semak
  • Rekod Anekdot
  • Rekod berterusan
  • Jawatankuasa pemilihan pelajar( untuk memasuki Prasekolah)
  • Mesyuarat Kurikulum(sekurang-kurangnya 4 kali )
  • Stok Bahan Basah
  • Stok Bahan Kering
  • Stok Inventori
  • Kewangan Perkapita
Pesanan buat guru-guru Prasekolah & PPM adalah:
  • Guru berhak dicerap oleh pentadbir.
  • Sekiranya ketiadaan guru Prasekolah,guru tahap satu perlu menggantikan guru Prasekolah tersebut.( sekiranya tiada guru tahap satu,pentadbir boleh meminta guru ganti dari Pejabat Pelajaran Daerah [PPD] )
  • 7.30 pagi, guru dan PPM perlu menyambut ketibaan murid.
  • Pengajaran dan pembelajaran didalam Bahasa Inggeris perlu diajar sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
  • Pendidikan Islam juga perlu dilengkapkan selama 2jam seminggu.
  • Pusat aktiviti perlu berfungsi sebagai pusat pembelajaran.
  • Guru perlu berada didalam kelas Prasekolah dari 7.30-11.30pagi,dan tidak dibenarkan berada ditempat lain dalam waktu tersebut.
  • PPM perlu menyediakan jadual/menu bertepatan dengan menu yang dimasak pada hari tersebut.( ini bagi menangani kes-kes keracunan makanan-senang dirujuk apa yang dimasak oleh PPM pada hari tersebut)
  • Menu perlu dirasa oleh pihak pentadbir terlebih dahulu.
  • Pinggan & cawan yang telah pecah perlu dihapus kira.
  • PPM perlu berada bersama guru bermula pada pukul 9.00pagi.
  • Masalah guru Prasekolah adalah tidak menggunakan semua bahan yang diajar didalam kursus.
  • Sasaran Kerja Tahunan(SKT) ,perlu menekankan tentang prasekolah,tidak boleh melebihkan kerja luar.
  • T-Shirt,perlulah tidak membebankan ibubapa.
Semoga kita akan mendapat manfaat dari apa yang telah diperkatakan.Majulah Prasekolah untuk kecemerlangan generasi akan datang!wassalam

06 December 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN.

Kepada semua pembaca,semoga hari raya tahun ini memberikan 1001 makna buat kita semua,Amin.

02 December 2008

salam muhibbah untuk semua pembaca blog..



selamat datang ke blog prasekolah sksg yang baru dibina.semoga kita dapat berkongsi imu dan dapat meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid-murid prasekolah Cemerlang dan Gemilang dalam mencapai kejayaan yang kita inginkan.sumbangan anda amat dihargai.